Friday, 6 July 2007

Kelebihan Ayat Al Kursy ( Surah Al Baqarah ayat 255 )

(Klik pada ayat di atas untuk membesarkan image)



1. Baca ayat al Kursy 170 selepas solat fardhu atau pada tengah malam dalam keadaan berwudhu dan menghadap kiblat insya Allah akan dikurniakan rezeki yang luas, dikurniakan pangkat, diberikan kekayaan,dibebaskan segala hutang-hutang, dilapangkan dada,terpelihara dari musuh,ditunaikan hajat, dilundungi dari segala gangguan syaitan dan sihir.

2. Baca 11 kali kemudian ditiupkan kepada orang sakit/ histeria/gila dilakukan secara berterusan InsyaAllah Sembuh.

3.Baca Taawudz dan baca Ayat Al Kursy sebelum tidur InsyaAllah terhindar dari mimpi buruk, terselamat dari gangguan syaitan dan tukang sihir.

4. Di baca sebelum keluar rumah sebelum memulakan perjalanan InsyaAllah dimudahkan urusan, terhindar dari kesulitan dan selamat dari gangguan.

5.Baca Ayat Al Kursy sebanyak 50 kali pada air hujan yang ditadah terus dari langit, kemudian diminum setiap hari hingga habis insya Allah dicerdaskan fikiran,dimudahkan untuk memahami/menyelesaikan masalah ilmiah.

6. Tulis pada jari-jari tangan kanan dengan minyak za'faran, kemudian jilat sampat habis, InsyaAllah kuat daya ingatan, tidak akan lupa apa yang pernah diketahui dan dihafal. Malaikat akan memohonkan ampun.

7. Baca sebanyak-banyaknya ketika berhadapan dengan bahaya atau malapetaka saperti ribut,lautan bergelora,berhadapan dengan binatang buas dan sebaginya insyaAllah selamat.

8.Jika dibaca setelah solat secara berterusan InsyaAllah tidak dihalang untuk masuk syurga.

9. Baca 313 kali pada tengah malam di tempat yang sunyi insya Allah akan tercapai segala hajat dan tertolak segala bala dan musibah.

10.Jika ditulis di atas pintu rumah atau kedai insyaAllah terpelihara dari kecurian dan mendapat rezeki yang yang luas dan berkat.